Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Pada 8 Mac 2012, saya dan beberapa kawan-kawan yang lain diberi tanggungjawab sebagai pegawai pengiring (leison officer) kepada VVIP yang akan hadir ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Dua hari sebelum itu, surat pelantikan dan sesi taklimat telah dibuat manakala sehari sebelum hari kemucak, sesi raptai telah diadakan. Oleh sebab dah biasa menjadi LO ni, secara tak langsung dah biasa dengan majlis-majlis begini menyebabkan dalam hati tu tak adalah rasa gundah gulana or tak boleh nak tidur. Berbanding masa mula-mula jadi LO dulu, boleh tahan jugak la.. mendebarkan.

Sebghatullah Qazizada (Afghanistan)
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012

Kursus Pembudayaan ICT : Pembinaan Laman Web Menggunakan WordPress

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh…

Pagi tadi, sewaktu on the way datang ke ofis, sempat saya pandang ke langit. Dalam hati terdetik, indah sungguh hari ni… Sebab langit yang cerah, sejuk sebab dah dua hari hujan dan indah rasanya. So, pepagi ni excited sebab akan mengikuti Kursus Pembinaan Laman Web Menggunakan WordPress sebab dh lama rsnya  tak update blog ni. Kata orang, makin lama kita belajar makin banyak la yang kita tak tahu kan? huhu… (Sebenarnya ni tgh dalam sesi cubaan post something sambil diselia cikgu – Cikgu ke? huhuh… sempat lagi mengarang ni.. hahah)

Ha! Gedabak punya besar image… ni cikgu suh masukkan. So, saya pilih je la gambar ni ye…

Hadiah Sepasang Kasut

Sejak dua tiga hari ni saya terfikir-fikir apakah hadiah yang patut saya berikan kepada my husband sempena anniversary kami yang kelima. Dah banyak rasanya blog yang saya jenguk untuk memberikan saya cetusan idea tentang hadiah apakah yang berguna dan sesuai untuk saya hadiahkan sempena masa tersebut.

Mengenang kembali hadiah-hadiah yang pernah saya berikan kepada kanda kesayangan saya tu.. rasanya tak banyak. Maklumlah, tahun ini baru masuk tahun ke-5 usia perkahwinan kami. Ditolak dengan tahun yang tak ada hadiah, memang semakin sikit hadiah yang saya berikan… Walaubagaimanapun, saya ada kenangan tentang bab-bab bagi hadiah ini yang membuatkan saya senyum sendiri bila mengenangkannya kembali.

Pada tahun pertama perkahwinan saya, saya hadiahkan kasut pada suami. Sebenarnya sebelum saya belikan hadiah tu, saya dan husband jalan-jalan di shopping kompleks. Masa saya nak beli sepasang kasut ni, sekali saya pandang husband asyik sangat mencuba satu kasut ni.. So, saya tanya sekiranya dia nak beli, tapi dia tak nak. Katanya kasutnya masih elok. Saya ingat lagi, warna kasut tu, unik skit sebab nak kata coklat muda tidak, nak kata hijau pun tidak. But yang pasti, it’s look amazing n suit for him…

So, dua bulan lepas kejadian tu, agak-agak dekat sangat dengan birthday my husband, saya curi-curi la keluar rumah beli kasut tu. Yang lawaknya, masa saya bawak kasut tu masuk dalam rumah, tetiba husband saya yang bukak pintu rumah. Kelam kabut la saya masukkan balik kasut tu dalam kereta. Takut jugak terkantoi. Habis plak plan nak bagi kejutan. Yang my husband plak, tercari-cari mana saya menghilang. Mana taknya…keluar rumah tak minta izin.. dah jatuh berdosa… tapi pandai je cover, konon keluar bagi barang dekat kawan sebab masa nak minta izin tu, my husband tido..huh! alasan bolah tahan… Masa tu nasib sempat nyorok kasut tu dalam keta. Bila husband naik tingkat atas je, terus saya masukkan hadiah tu dalam stor. Hehe..stor tu tak ada siapa pun yang sanggup nak masuk sebab memang la semak samun.

Nak dijadikan cerita, seminggu lepas tu, sampai la tarikh birthday my husband. Dan malam sebelum pukul 12 tu, saya dengan cerita sedih, minta ampun maaf siap2, sebab kononnya saya tak sempat keluar belikan hadiah untuk dia. Dia pun faham, sebab memang masa tu kami sibuk sikit dan tak ada masa nak keluar shopping2 ni.. masa tu dia lupa jugak hari yang saya sempat lari keluar… So, lepas je wish birthday, my husband cakap nk pergi toilet jap.. Cepat2 la saya masuk stor, kuarkan hadiah tu dan letak atas sofa sebelah saya. Saya tutup dengan kain selimut sebab kebetulan kain selimut kat sebelah. Bila dia turun je, bila dia nak duduk sebelah saya, dia terduduk la atas hadiah tu. Dan semasa cuba nak alihkan kat tempat duduk tu, my husband terkejutlah dengan hadiah tu… Saya ingat la, saya balut hadiah tu dengan pembalut warna biru… Sampai masa my husband buka kotak hadiah tu, adalah dalamnya kasut yang dia berkenan hari tu… huhu.. Tetiba ja dia peluk saya dan dia menangis atas bahu saya… (tetiba ja rasa nak nangis balik bila mengenangkan hari itu…) huhu… Mungkin husband saya betul-beutul fikir saya terlupakan hari lahir dia dan tak expect saya akan belikan dia kasut tu.. Itu la kot cerita hadiah yang tak dapat saya lupakan… hihi…

Anak vs PJJ…?

Assalamualaikum..


Sejak setahun lalu, hati saya terdetik untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Tetapi hati saya berbolak balik antara sambung pengajian ataupun tidak. Bukannya apa… Sekarang saya dah bekerja, dah ada dua orang anak.. Persoalan bolehkah saya membahagikan masa di antara study dan juga family sentiasa bermain di fikiran. Pada saya, cukupkah ilmu yang ada ini? Sampai disini sahajakah perjalanan hidup saya kerana saya mengharapkan sampai satu masa saya tidak menyesal untuk berada di kedudukan ini sedangkan saya mampu mengubahnya. Seperti firman Allah swt : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri” QS 13:11…

Saya berfikir lagi, saya ingin mencapai sesuatu di dalam hidup saya yang boleh saya banggakan satu masa nanti. Bagi saya hidup ini hanya sekali. Sepatutnya saya manfaatkan sebaik mungkin… Dan yang paling penting, saya ingin banggakan anak-anak saya supaya satu masa kelak mereka akan belajar daripada apa yang saya lakukan tentang hidup ini. Tetapi masalahnya, mampukah saya? Adakah saya dapat membahagikan masa diantara kerja di pejabat, kerja di rumah, cukupkah layanan kepada suami dan quality time with anak-anak…?

Saya juga berfikir, cukuplah peluang saya. Saya sudah ada kerja, dah ada anak-anak. Bukankah sepatutnya ini masanya saya mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang berpelajaran cukup ilmu dunia dan ilmu akhirat.. Masa saya sudah berlalu, dan sekarang masa anak-anak pula. Tetapi bagai dikata, keinginan untuk menyambung pengajian sentiasa membuak-buak. Saya tidak pasti mana yang terbaik. Kata orang, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran… Entahlah!

 

Cerita Semalam…

Hari Sabtu lalu sempat saya dan keluarga ke satu majlis kenduri kahwin. Sepertimana kebiasaan di mana-mana majlis perkahwinan, pastinya ada pelbagai gelagat dan ragam tetamu yang hadir termasuk pasangan pengantin. Boleh dikatakan meriah majlis tersebut. Cantik pelamin yang digunakan dan sedap makanan yang disajikan. Sempat saya simpan kad caterer yang menyediakan makanan tersebut. Katanya, makanan yang dihidangkan tersebut ialah masakan minang. Jarang-jarang saya merasa makanan minang ini. Apapun, mungkin rezeki saya, boleh merasa… ;-)

Apa sebenarnya yang menarik perhatian saya ialah pakaian pengantin yang dipakai pada majlis tersebut. Sebagai seorang perempuan, saya rasa pakaian tersebut cantik dan manis dipandang. Jauh cantiknya daripada baju pengantin saya satu masa dulu.. Cuma saya tertarik dengan kain baju pengantin tersebut memandangkan semasa pengatin berjalan masuk, saya berada betul-betul ditepi karpet merah. Fikiran saya melayang jauh. Semua yang cantik dan manis ini hanya digunakan dalam sehari sahaja. Kata orang, adat berkahwin ni belanjanya beribu-ribu untuk digunakan dalam masa sehari sahaja. Persiapannya juga berbulan-bulan dan ada bertahun-tahun… tetapi itulah yang manisnya. Kenangan majlis perkahwinan yang pastinya tidak akan kita lupa sehingga bila-bila. Baik atau buruk pengakhiran perkahwinan itu, pastinya kita akan kenang majlis tersebut.

Tak sabar rasanya menunggu majlis perkahwinan adik-adik saya yang belum tentu bila… Bukannya apa, pasangannya pun belum lagi bertemu. Semua adik-adik yang 5 orang tu, semuanya masih sibuk study. Walaupun Kak Lang sudah bekerja, masih juga belum berpunya. Harapnya adik-adik saya akan cepat bertemu jodoh. Bolehlah saya jadi wedding planner tak berbayar… Excited! hihi…


Di Pondok Kecil

Lagu yang mengimbau zaman kanak-kanak…

Di pondok kecil                                                                                                                                         Di pantai ombak                                                                                                                                 Berbuih putih                                                                                                                                    Beralun-alun…

Di suatu hari                                                                                                                                         Ayah berkata                                                                                                                                            Jaga adik mu                                                                                                                                           Ayah kan pergi jauh

Ku pandang wajah ayah                                                                                                                    Dahinya ku cium                                                                                                                                      Air mata mengalir                                                                                                                                   Hati ku pilu

Wahai abang ku                                                                                                                                       Ke mana ayah                                                                                                                                         Ku sayang ayah                                                                                                                                      Ku cinta ayah

Wahai adik ku sayang                                                                                                                               Jangan menangis                                                                                                                                  Ayah mu pergi                                                                                                                                Menyahut seruan Ilahi

Tapi ingatlah adik ku                                                                                                                        Pesanan ayah                                                                                                                                 Berjuang dan berkorban                                                                                                                           Walau di mana jua….

Padamu Tuhan aku bermohon                                                                                                                    Dosa ayahku minta diampunkan                                                                                                                 Ku iringi doa rahmati dia                                                                                                                 Tempatkanlah ayahku                                                                                                                         Bersama kekasih Mu….

Seperti biasa, setiap kali lagu ini saya dengar, pastinya air mata saya mengalir laju… Lagu ini sangat terkesan di hati saya kerana mengenangkan arwah abah yang telah meninggal. Saya ingat lagi, semasa kecik dulu, abah selalu memainkan lagu ini di dalam kereta bila membawa kami sekeluarga melawat Tok Chah. Boleh dikatakan setiap minggu kami pulang ke kampung, dan setiap kali itulah lagu ini akan bergema di dalam kereta. Masa kecil dahulu, saya selalu membayangkan bagaimana perasaan abang dan adik di dalam lagu ini apabila kehilangan ayah mereka. Mulanya saya tidak faham maksud sebenar. Saya fikir ke mana ayahnya mahu pergi. Apakah maksud sebenar ’menyahut seruan Ilahi…?’. Saya fikir, mungkin ayahnya akan pergi ke satu tempat, pergi berjuang untuk menegakkan agama Allah swt. Tetapi saya pasti yang abang dan adik di dalam lagu ini tidak akan lagi berjumpa dengan ayah mereka. Iyalah, di waktu umur 4 ke 5 tahun bagaimanalah saya boleh memahaminya. Lama-kelamaan, barulah saya faham.

Kini 20 tahun telah berlalu. Tiba-tiba saya terdengar semula lagu ini apabila saya mencari lagu-lagu nasyid di dalam youtube. Air mata saya mengalir deras bila memikirkan juga seperti ‘adik’ di dalam lagu tersebut. Kalau dibandingkan lirik lagu asal dengan lagu yang dinyanyikan oleh Bazli UNIC dan Ae Man, ada perbezaannya dimana diakhir lirik asal menyatakan ‘berjuang dan berkorban, walau dimana jua…’ dengan lirik kini iaitu ‘belajar berusaha walau dimana jua’…. Begitulah saya kenang lagu ini. Sudah 3 tahun abah meninggal kami yang saya  dirasakan satu waktu yang masih baru. Masih terpandang-pandang wajah abah. Masih terngiang-ngiang suara serak abah. Semoga roh abah berada dikalangan orang-orang yang beriman… Al Fatihah

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS, Al-Munafiqun, 63:11)

New Shoes For My New Day

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hari pertama kembali bertugas selepas hampir dua bulan  seminggu saya bercuti kerana melahirkan cahaya mata, pelbagai perkara terlintas difikiran. Saya mengharapkan, selepas cuti yang panjang, saya dapat mulakan satu perjalanan yang baru, niat yang baru dan tekad yang baru.

Harapan saya juga semoga cabaran yang bakal saya tempuh kelak dapat saya lalui dengan tenang dan tabah. Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dipermudah dan diberi petunjuk oleh Allah swt, terhindar saya daripada perkara-perkara yang tidak baik serta dilindungai daripada malapetaka…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek.”

Amin…

Ketika Musibah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Di pagi Jumaat ini, ingin saya kongsi doa ketika ditimpa musibah. Ada pelbagai doa yang boleh kita praktikkan, dan salah satu daripada adalah seperti cerita pada zaman Rasulullah s.a.w.. Semoga dapatlah kita renung-renungkan dan mengamalkannya kerana Allah swt itu Maha Mendengar….

Ceritanya…

Dibawakan oleh Anas Bin Malik ra Katanya,” Ada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Ma’laq. Dia seorang saudagar yang menjual barangnya dan juga menjual barang orang lain. Orang itu sangat taat dan takwa kepada Allah. Pada suatu hari ia telah ditahan oleh seorang penyamun yang berdarah dingin. Penyamun itu mengherdiknya,” Tinggalkan barang bawaan mu itu !’. Aku akan membunuh mu’!. Abu Ma’laq berkata kepada penyamun itu,” Ambillah semua harta ku itu.” Tetapi si penyamun berkata,” Aku tidak perlu harta mu tetapi aku perlu nyawa mu!.”

Sebelum dibunuh Abu Ma’Laq memohon kepada si penyamun ,” Kalau begitu izinkan aku solat terlebih dahulu.” Penyamun itu mengizinkannya melakukan solat. Maka Abu Ma’laq pun mengambil wuduk dan solat. Setelah solat ia pun berdoa bermaksud:

” Ya Allah, Al Wadud! Wahai yang memiliki arsy yang tinggi, Wahai Yang Maha Kuasa melakukan apa saja. Aku memohon atas nama kemuliaan-Mu yang tiada terjangkau, dan kerajaan-Mu yang tiada teraniaya… Dan dengan nur cahaya wajah-Mu yang meliputi seluruh penjuru kerajaan-Mu, selamatkan aku dari kejahatan si penyamun ini. Wahai Allah Yang Maha Penolong, tolonglah aku, selamatkan aku!”

Abu Ma’laq mengucapkan doa itu sampai tiga kali. Tiba-tiba dalam sekelip mata ia melihat  ada seorang penunggang kuda yang melemparkan tombak ke arah si penyamun sehingga tewas dengan seketika. Kemudian si penunggang kuda itu pergi menghampiri Ma’laq. Abu Ma’ laq bertanya kepadanya, ” Siapakah tuan yang telah menolong ku ini?”  Dia menjawab ,” Aku malaikat dari penghuni langit keempat. Ketika engkau berdoa aku mendengar pintu langit terketuk. Kemudian engkau berdoa lagi, aku mendengar suara ketukan itu semakin keras dan kalau yang ketiga kalinya engkau berdoa, ada yang beritahukan kepada ku bahawa ini tentu doa orang yang sedang ditimpa petaka. Maka aku memohon kepada Allah Ta’ala agar menyerahkan tugas itu ke tangan ku.

Lalu Allah berfirman: “Sampailah berita gembira ini dan ketahuilah, siapa yang berwuduk dan bersolat empat rakaat, dan kemudian berdoa itu, maka akan disambutnya, baik yang sedang ditimpa duka derita mahupun yang tidak.”

 Wallah hua walam.

“Mana Mak?”

Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana? Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.” Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?” Ateh  menjawab, “Entah.” Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik…

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.” Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat.”

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”.  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?”
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”"Ayah, ayah….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?”  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Nota :
Sebuah cerita pendek yang menyentuh hati..  Kadang-kadang sebagai manusia, kita lupa. Sebagai anak kita mengambil mudah…  Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa

Keletah Qaisara

Qaisara : Mama buat ape tu mama?
Mama : Mama tengah lipat baju la sayang..
Qaisara : Ooo.. Lipat baju. Pandai mama..
Begitulah Qaisara. Setiap yang saya buat, pastinya dia akan ulang dan ucapkan ‘pandai’ sepertimana saya ucapkan padanya. Pada umur 2 tahun bagi saya, Qaisara sangat cepat belajar dan meniru. Mulutnya sangat petah berceloteh dan kadang-kadang memeningkan kepala melayan karenahnya. Qaisara juga seorabg yang periang dan sentiasa gembira. Bila saya dan suami kadang-kadang merungut dengan kerenahnya, kami juga bersyukur dan terhibur melayannya berceloteh. Padanlah dengan namanya.. Qaisaratul Farhana (Kegembiraan Puteri Kami)..

Posted with WordPress for BlackBerry.